Siapa Ketua Pengarah baharu JKOM yang dipanggil Tok Abah?
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) kini secara rasmi melantik pengarah baharunya selepas hampir empat bulan jawatan itu kosong sejak September tahun lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Datuk Ismail Yusop yang juga dikenali sebagai Tok Abah kini mengetuai jabatan itu.
Berita mengenai pelantikan tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi AKM dan menjadi bualan ramai.
Siapa sebenarnya Ismail Yusop ini?
Ismail sebelum ini pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarah J-KOM. Beliau juga bekas Ahli Dewan Negara.
Selain itu Ismail merupakan Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE).
Beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Pengarah J-KOM bagi menggantikan Setiausaha PKR Selangor, Dr Mohd Khairuddin Othman yang ditamatkan kontrak, pada September tahun lalu.
Mohd Khairuddin menjawat jawatan itu hanya untuk enam bulan.
Beliau dilantik bagi menggantikan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang meletak jawatan pada November 2023.