Akhirnya tiga lelaki belasah OKU ditahan ketika hadir ke balai
Polis mengesahkan tiga individu ditahan berhubung kejadian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar, suspek ditahan untuk siasatan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis daerah Kemaman kira jam 8 malam tadi.
Beliau berkata, mereka yang dipanggil untuk membantu siasatan pada waktu itu termasuklah seorang peniaga.
“Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian itu, mangsa lelaki OKU yang menunggang motosikal dikatakan melanggar sebuah gerai jualan di situ kira-kira jam 9.30 pagi.
Pelanggaran menyebabkan barangan jualan seorang peniaga tumpah dan terjatuh sebelum mangsa dipukul beberapa lelaki sehingga cedera.
Pelanggaran menyebabkan barangan jualan seorang peniaga tumpah dan terjatuh sebelum mangsa dipukul beberapa lelaki sehingga cedera.
Mangsa yang juga OKU ketidakupayaan mental dibawa ke hospital Kemaman dan dirawat sebagai pesakit luar.
BACA JUGA Warganet naik angin OKU kena pukul gara-gara terlanggar gerai pasar malam