Kita malu satu dunia bila Najib digelar ‘plundering idiot’ oleh media luar
Bekas peguam, Liyana Marzuki membangkitkan kembali bagaimana Malaysia dimalukan satu dunia dengan laporan media antarabangsa yang melabel Perdana Menteri waktu itu Datuk Seri Najib Razak sebagai “plundering idiot”.
Plundering idiot boleh diterjemahkan sebagai perompak bodoh.
Liyana berkata, penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd merupakan kes kleptokrasi terbesar yang melibatkan kepentingan awam, di mana menurutnya apabila sudah diberikan lega hukuman ia adalah satu perkara yang agak luar biasa.
“Ini kes berkepentingan awam yang membuatkan Malaysia malu seluruh dunia. PM kita (waktu itu Najib) digelar ‘Plundering Idiot’ oleh orang luar yang memang pelbagai dokumentari dibuat berkenaan dengan kes ini.
“Ini memang satu kes yang memalukan kita. Bagi saya banyak pemimpin Malaysia yang pernah kena hukuman tapi tak seteruk kes ini. Kes ini sangat berkepentingan awam, kes kleptokrasi terteruk dalam sejarah dunia.
“Pemimpin lain menghabisna separuh masa hukuman sebelum mendapat pengampunan. Tapi kes Najib Razak ini sedikit istimewa, hanya selepas satu tahun setengah Lembaga Pengampunan telah berikan dia separuh hukuman,” katanya dalam Podcast Jangan Pajak Otak malam tadi.
Liyana berdebat dengan bekas timbalan pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Eric See To atau nama penanya Lim Sian See.

Pada 23 Ogos tahun lalu, buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Najib menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan selama 12 tahun atas penyelewengan dana SRC.
Ketika ini, bekas Ahli Parlimen Pekan itu masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil saksi ke-46, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 76.
BACA JUGA Terkejut dengar ucapan menghasut, ramai harap Hannah saman ‘ustaz aktivis’ ini