MHO Desak AGC Teruskan Pertuduhan Syarikat Penipuan RM4.7 Juta

FOTO BERITA: Sidang Media oleh Dato’ Hishamuddin Hashim
Setiausaha Agung
Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mengenai kes DNAA (Discharge Not Amounting To Acquittal) kerana pengadu kes tarik repot mangsa-mangsa lain memohon kerjasama Jabatan Peguam Negara agar pertuduhan diteruskan kepada Syarikat yang disyaki telah melakukan penipuan dan pemerdayaan di Jabatan Peguam Negara Putrajaya. 17hb Januari 2025 (Jumaat)

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) meneruskan pertuduhan terhadap sebuah syarikat yang didakwa terlibat dalam kes penipuan pelaburan hartanah dan perkhidmatan pembinaan walaupun terdapat pengadu yang menarik balik laporan.

Lebih 80 mangsa dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia mendakwa kerugian keseluruhan sebanyak RM4.7 juta akibat skim tersebut. Hari ini, sekumpulan mangsa, kebanyakannya dari Sarawak, menyerahkan surat permohonan kepada AGC supaya keadilan ditegakkan.

Menurut MHO, banyak laporan polis mangsa telah diklasifikasikan sebagai “Refer Other Report” (ROR) dan tidak diteruskan ke mahkamah selepas pengadu menarik laporan mereka melalui penyelesaian luar mahkamah. Akibatnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai “DNAA” (Discharge Not Amounting to Acquittal), menyebabkan mangsa kehilangan peluang mendapatkan keadilan.

MHO menyeru agar AGC menggunakan budi bicara untuk mempertimbang semula kes ini demi melindungi hak mangsa.





