PM Anwar bertemu sahabat lama Jeremy Corbyn di UK

Dalam kesibukan masa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dengan seorang tokoh politik terkenal di United Kingdom, Jeremy Corbyn yang merupakan sahabat lama beliau.

Corbyn menjadi Ahli Parlimen sejak 1983.

Beliau antara ahli politik yang paling lantang berjuang untuk Anwar, menuntut keadilan dan hak asasi manusia ketika Presiden PKR itu menghadapi pertuduhan liwat.

Corbyn sentiasa percaya dengan Anwar yang disifatkannya memberi sumbangan besar dalam pembentukan demokrasi di Malaysia.

“Ketemu tokoh politik dan sahabat lama saya Jeremy Corbyn dalam diskusi santai pagi ini sempena lawatan kerja saya ke London, UK.

“Kami gunakan momen ini untuk bertukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara kedua-dua negara dari landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi selain isu semasa dunia termasuk gencatan senjata di Gaza yang dijadual berlaku pada Ahad,” tulisnya di Facebook.

Pada masa sama Anwar berharap hubungan persahabatan mereka terus murni dan kekal berpanjangan.

BACA JUGA Menteri Agama beri amaran wang umrah bukan untuk disalahguna demi kepentingan peribadi

Â