Seluruh Gaza hancur…perbelanjaan dijangka sampai 1 trilion dolar
Hasrat membangunkan semula Gaza dijangka bakal menelan kos sebesar 1 trilion dolar Amerika, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim lewat malam tadi.
Ia susulan kemusnahan harta benda dan infrastruktur yang teruk akibat serangan rejim zionis.
Anwar berkata, Malaysia akan membantu usaha yang dirintis Jepun dengan meminta negara itu menyegerakan persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) bagi membincangkan perkara berkenaan.
“Seluruh Gaza hancur… sekolah, masjid, hospital, dan rumah. (Perbelanjaan) dijangka sampai 1 trilion dolar.
“Tetapi kita respond ini kerana Jepun yang mencadangkan… kerajan Jepun cadang untuk Asia Timur, Jepun dan Malaysia mempengerusikan bersama usaha membina semula Gaza.
“Kita akan minta Jepun menyegerakan pertemuan di peringkat pegawai,” katanya dalam sidang media bersama delegasi Malaysia sempena lawatan kerja beliau ke UK, menurut Astro Awani.
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza telah dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Jepun turut mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama Persidangan mengenai CEAPAD, memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.
Perjanjian gencatan senjata tiga fasa, yang diusahakan Mesir, Amerika Syarikat dan Qatar, akan dikuatkuasakan Ahad ini dan menyasarkan untuk menamatkan konflik 15 bulan di Gaza.
BACA JUGA Warganet naik angin OKU kena pukul gara-gara terlanggar gerai pasar malam