LRT Laluan Mutiara bukti kerajaan perpaduan balas budi rakyat Pulau Pinang

Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang membuktikan bahawa kerajaan perpaduan ingin membalas budi rakyat Pulau Pinang, kata Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

“Pada tanggal 11 Januari 2025, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan majlis pecah tanah projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang di tapak cadangan pembinaan stesen Bandar Sri Pinang.

“Sememangnya kerajaan perpaduan membalas budi rakyat Pulau Pinang atas sokongan yang padu yang diberikan selama ini. Terima kasih kepada PMX dan YB Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook atas usaha menjelmakan impian rakyat Pulau Pinang.”

Lim yang juga pengerusi DAP kebangsaan berkata demikian dalam hantaran Facebook beliau.

LRT Laluan Mutiara ini meliputi jajaran sepanjang 29.5 kilometer (km), merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik.

Projek bernilai RM13.08 bilion ini bakal beroperasi sepenuhnya pada tahun 2031.

Laluan Mutiara ini merangkumi dua stesen terminal iaitu di Penang Sentral, Butterworth dan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR).

Pulau Pinang yang juga adalah negeri kelahiran Anwar berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sejak tahun 2008.

BACA JUGA: Apa yang perlu diketahui mengenai gencatan senjata, pertukaran tahanan dan tebusan Gaza?

Â