Onana muncul ‘trending’ dikecam selepas Manchester United diaibkan

Penjaga gol Manchester United, Andre Onana muncul ‘trending’ di platfom X dan Facebook selepas kelab bola sepak tersohor dunia itu kalah diaibkan 3-1 kepada Brighton dalam Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Nama Onana jadi sebutan di media sosial kerana beberapa kesilapan memalukan yang dilakukanya di laman sendiri sehingga mengundang kecaman peminat dan media.

Onana, yang baru sahaja menyertai Manchester United pada musim 2023-2024, menghadapi tekanan besar untuk membuktikan kemampuannya sebagai pengganti David de Gea.

Peminat melahirkan rasa tidak puas hati apabila Onana melakukan beberapa kesilapan dalam mengawal bola, termasuk membiarkan bola mudah masuk ke gawang selepas melakukan keputusan yang kurang bijak dalam mengawal situasi.

Paling ketara kesilapan dilakukan warga Cameroon itu apabila gagal menangkis bola dengan baik pada gol pertama Brighton, yang membawa kepada gol yang memanfaatkan kelemahan tersebut.

Akibatnya, Onana dianggap tidak memenuhi jangkaan tinggi yang diletakkan peminat dan pihak pengurusan terhadap penjaga gol berketinggian 1.90 meter itu.

Antara meme yang tersebar di media sosial menggambarkan prestasi aib Onana.

Penganalisis menyifatkan Onana mempunyai tujuh kesilapan yang membawa kepada satu gol pada masanya di Manchester United dalam semua pertandingan dengan empat daripadanya dalam liga perdana.

Di posisi seorang penjaga gol dengan harga yang cukup tinggi dan reputasi yang besar, sebarang kesilapan yang Onana lakukan akan lebih mendapat perhatian, apa lagi dalam perlawanan besar seperti itu.

Keputusan malam tadi menyaksikan Brighton melonjak ke tangga kesembilan dengan 34 mata, empat mata berbanding kelompok empat teratas.

United pula merudum satu anak tangga ke tangga ke-13 dengan 26 mata daripada 22 perlawanan.

BACA JUGA Terkejut dengar ucapan menghasut, ramai harap Hannah saman ‘ustaz aktivis’ ini

Â