Penyanyi lagu “Bey Sobar Bey” gagal peroleh ikat jamin
Penyanyi lagu “Bey Sobar Bey” Eda Ezrin gagal dalam permohonan mendapatkan ikat jamin di mahkamah Narathiwat, Thailand.
Beliau yang didakwa berkaitan kes dadah akan kekal ditahan di penjara sehingga perbicaraan tamat.
Penyanyi dikir barat itu telah ditahan kerana memiliki 6,059 pil Yaba (pil kuda) bersama lima individu lain, termasuk suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35.
Undang-undang dadah Thailand menetapkan bahawa mereka yang ditahan dengan lebih 200 pil yaba tidak dibenarkan diikat jamin.
Jika sabit kesalahan, Eda berdepan hukuman penjara 15 tahun dan denda melebihi 200,000 baht.
Jumlah tersebut bersamaan RM26,000.
Kesemua mereka didakwa atas tuduhan memiliki dan menggunakan dadah di mahkamah wilayah Narathiwat.
Mereka juga mengaku menggunakan dadah tersebut.
Â