Kontroversi lagu China: UM dah minta penganjur turut mainkan lagu Negaraku

Universiti Malaya (UM) memaklumkan acara sambutan Tahun Baharu Cina yang dinamakan sebagai ‘Spring Festival Gala 2025’ bukan anjuran universiti itu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan malam tadi, UM memberitahu acara yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor (DTC) itu dianjurkan Kedutaan Besar Negara China.

Jelasnya, program tersebut dikendalikan oleh beberapa persatuan pelajar warganegara China.

“Acara ini bukan di bawah anjuran Universiti Malaya dan universiti hanya menjadi lokasi sambutan acara diadakan,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan bagi menjelaskan kontroversi yang tercetus.

Terdahulu, tular klip rakaman video memaparkan hadirin yang memenuhi dewan besar bagi majlis konvokesyen universiti itu, berdiri memulakan nyanyian lagu kebangsaan Republik Rakyat China (PRC).

Penyokong pembangkang kemudiannya dilihat mengeksploitasi keadaan itu dengan menyindir kerajaan Madani termasuk meninggalkan ungkapan madanon dan “kerajaan ketimbang”.

Menjelaskan lanjut, UM berkata, pihaknya telah meminta penganjur untuk turut memainkan lagu Negaraku sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968 apabila penganjur merancang untuk memainkan lagu kebangsaan China.

“Selaku Universiti Awam yang tertua di negara ini, Universiti Malaya sentiasa menjunjung kedaulatan negara dengan menerapkan nilai patriotik dalam semua aktiviti Universiti.

“Dalam masa yang sama, Universiti Malaya turut menyambut dasar pengantarabangsaan yang disarankan oleh kerajaan dengan menyantuni dan meraikan pelajar,” menurut UM lagi.

Untuk rekod, Seksyen 6 Akta Lagu Kebangsaan 1968 yang disemak pada 2018 memperincikan peraturan memainkan Lagu Kebangsaan dalam peristiwa khas.

“Pada semua peristiwa rasmi yang diatur oleh perwakilan asing di Malaysia bagi merayakan Hari Kebangsaan perwakilan asing itu atau peristiwa kebangsaannya yang lain, versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu kebangsaan negara perwakilan asing itu dimainkan,” menurut akta itu.

@love8899h

不管在哪里,只要听到我们中国的国歌,内心都会升起一股暖流和自豪感。今天的马来西亚中国留学生新春晚会上,听到国歌我们全部站起来,国歌响起,大家都跟着唱,民族自豪感起来了,激动#留学 #马来西亚 #中国 #国歌

♬ 原声 – 桃桃 – 桃桃

BACA JUGA ‘Penat je Mahathir cari duit di belakang almari, rupanya…’