Ada insentif untuk rancakkan industri kenaf, LKTN ada kaedahnya…

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara sedang merancakkan industri kenaf tempatan dengan beberapa kaedah.

Menurut pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah empat strategi telah dimulakan.

“Tumpuan LKTN juga lebih berfokus kepada pembangunan usahawan dalam 5 sektor utama industri iaitu bahan binaan, non-woven, biodegradasi & biokomposit, pulpa & kertas serta makan ternakan & penjagaan haiwan.”

Empat strategi tersebut adalah seperti yang dinyatakan oleh Datuk Wan Abdul Rahim.

“Di bawah Projek Pembangunan – Rolling Plan Ke-5 (Tahun 2025), RMKe-12 iaitu Projek Peningkatan Daya Saing dan Pemantapan Keusahawanan Produk Kenaf dengan kos berjumlah RM1.8 juta.

“Projek diharap dapat merancakkan lagi industri dengan pengenalan produk-produk baharu dan peningkatan inovasi dan kualiti bagi produk-produk sedia ada di pasaran sekaligus dapat menambah pendapatan pemain-pemain industri dan nilaian industri kenaf negara.”

Di bawah projek ini, LKTN telah merangka beberapa strategi dan pendekatan seperti berikut:

  • Mengadakan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan.
  • Memperkenalkan Insentif Pemantapan Usahawan Dan Produk Industri Kenaf bagi meningkatkan inovasi dan kualiti produk berasaskan kenaf. Maklumat berkaitan Insentif ini akan dimaklumkan lebih lanjut oleh Bahagian Pemasaran LKTN dalam slot taklimat yang ke-3 nanti.
  • Mempergiatkan aktiviti promosi bersama usahawan kenaf melalui penyertaan dalam pameran-pameran yang berkaitan dan pemasaran digital melalui media sosial dan media massa.
  • Membangunkan Pangkalan Data Usahawan Kenaf untuk memudahkan akses maklumat dan informasi produk serta pemetaan syarikat yang bergiat dalam industri kenaf

Kemudahan geran MTDC untuk pemain industri kenaf

Acara pagi ini turut menyaksikan penyertaan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

MTDC sebuah agensi di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang turut menyertai acara ini.

Timbalan naib presiden MTDC Mohd Asri Abdullah memperkenalkan dua dana untuk pemain industri kenaf dalam pembentangan beliau.

Dana Uji Beli ditawarkan untuk pembangunan produk kenaf.

Dana sejumlah RM100,000 ditawarkan.

Permohonan untuk dana ini perlu dibuat dalam tempoh kurang dari enam bulan selepas penyelidikan produk dilaksanakan.

Dana Mudah Cara pula ditawarkan kepada pemain industri setelah memperoleh kontrak kerajaan.

Dana ini menawarkan geran sebanyak 70 peratus nilai projek atau sejumlah RM500,000.

Dana ini perlu dimohon dalam tempoh tiga bulan selepas memperoleh kontrak.

Asri turut menekankan keperluan pensijilan MySTI untuk memudahkan pemain industri memperoleh kontrak kerajaan.

BACA JUGA: Kenaf berkembang di Perlis, ganti tebu