Bila kerajaan 32-0 mentadbir negeri…

Oleh NORMAN RADZUAN

Awal tahun dan penghujung tahun lepas, Terengganu penuh dengan isu kontroversi seperti hakisan pantai yang teruk, isu OKU dipukul dan bermacam-macam lagi. Paling memalukan bonus kakitangan awam kerajaan Terengganu tetapi meminta dari kerajaan pusat.

Tahun 2023 Kerajaan Terengganu terima RM802.2 juta. Yang pelik dikhabarkan 81.2% iaitu RM651 juta diguna untuk emolumen.

Ini satu pentadbiran yang sangat lemah. Jika berniaga kedai warung nasi lemak pun boleh lingkup.

Beli kereta Exco hampir RM200,000 sebuah, tetapi nak selamatkan rumah penduduk kerana hakisan hanya RM120,000. Hingga rumah, kubur dan jalan raya dibawa arus.

Tersebar gambar kereta SUV model Mazda pada 2023 yang didakwa kereta baharu untuk ahli Exco.

Sudahlah bawa pelaburan RM4.1 juta sahaja. Tak pastilah pelaburan ini sebab ada tauke dari Pahang buka kedai motor empat cawangan di Terenganu. Kelantan pula jauh lebih hebat bawa pelaburan lebih RM600 juta.

Dr Sam konon calon PM kerajaan PN. Bagaimana nak uruskan negara? Bab ekonomi hancur habis. Singapura tu pulau yang kecil tiada air, tiada minyak boleh jadi negara maju.

Jika Terengganu tiada minyak bagaimana atau menjelang 2050 minyak sudah tiada value?

Padahal, negeri ini indah pantainya, besar negerinya, macam-macam boleh buat tarikan pelancongan. Apa idea untuk jana ekonomi, apa visi dan misi Menteri Besar?

Menang 32-0 cukupkah hanya menipu menjanjikan syurga? Jangan ambil kerja Tuhan siapa ke syurga neraka ini sedangkan kamu sendiri belum tahu nasib ke mana.

Banglo biru milik Mohd Yazit Idris di Kampung Tanjung, Kuala Nerus hampir menyembah bumi akibat hakisan pantai.

Begitu mudah melemahkan minda orang Terengganu dengan mainan agama akhirnya negeri ini terbeban dengan hakisan.

Di belakang PMX apa yang MB tidak kata. Kerajaan Madani ini gagal tetapi hakikat nilai kewangan negara terbaik di dunia Islam, nilai dagangan cecah lebih RM2 trilion.

Tapi nak bonus dan selamatkan negeri terpaksa minta ihsan pusat. Sekarang ini siapa yang gagal? Sukar juga jika ada PhD angkasa sedangkan rakyat Terengganu perlukan PhD bumi untuk selamatkan bumi Terengganu.

BACA JUGA Tol zaman Najib pun naik, jangan telan dakyah ke ‘laut’