Pengurus Felda ditahan seleweng peruntukan RM10k untuk kegunaan sendiri

Seorang pengurus rancangan Felda di Kulai, Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didakwa menyeleweng wang berjumlah lebih RM10,000.

Suspek ditangkap atas dakwaan salah guna kuasa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) bagi menyeleweng peruntukkan dari Tabung Ladang dan Jalan Pertanian untuk kepentingan diri sendiri.

Sumber memberitahu suspek lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 7 petang semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

BACA JUGA Tol zaman Najib pun naik, jangan telan dakyah ke ‘laut’

Â