Siasatan ke atas KJ, apa jadi? Ini statusnya

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, meskipun kertas siasatan ke atas mantan hos rancangan Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara, kertas siasatan itu dikembalikan semula kepada pihak PDRM bagi menunggu laporan forensik.

“Kertas siasatan dikembalikan semula bagi menunggu laporan forensik yang masih belum siap,” katanya, lapor Sinar Harian.

Khairy telah merekodkan keterangannya dengan Unit Siasatan Jenayah Terkelas di pejabatnya pada 13 Januari.

Dua laporan diterima daripada dua setiausaha politik menteri ke atas Khairy.

Menteri yang dimaksudkan ialah Menteri Wilayah Dr Persekutuan Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Undang-Undang dan Institusi Reformasi Datuk Azalina Othman Said.

Siasatan dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

Ia ekoran dakwaan Khairy bahawa Azalina bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan yang membenarkan Najib menghabiskan hukuman pemenjaraannya dengan menjalani tahanan di rumah.

Â