Pengecualian tol, bukan, Jemaah Menteri setuju beri diskaun 50%

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju untuk memberikan diskaun tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.

Potongan tol akan memberikan implikasi kewangan sebanyak RM20.08 juta.

“Keputusan memberikan diskaun 50% dari kadar biasa tol ini akan dilaksanakan bermula pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari 2025 (Isnin) dan akan berakhir pada Jam 11.59 malam 28 Januari 2025 (Selasa) bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).”

Kontroversi timbul sebelum ini apabila Alexander mengumumkan tiada pengecualian bayaran tol akan dibuat berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 20 Disember.

“Bagaimanapun, Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini bersetuju memberikan diskaun tol 50% sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025 selaras dengan agenda Kerajaan MADANI dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat yang didukung oleh kedudukan kewangan Kerajaan yang kukuh hasil dari program rasionalisasi subsidi serta peningkatan pelaburan dan perdagangan,” tambah beliau.

Â