PPKK Bandar Tun Razak Latih Komuniti Menerusi Produk Kraf Batik Tanah Liat

FOTO BERITA: Program Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Batik Tanah Liat (Fasa 1) anjuran bersama Perbadanan Kraftangan Malaysia & Parlimen Bandar Tun Razak di Dewan Laman Tun Razak, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. 23hb Januari 2025 (Khamis)

Kraftangan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) telah melaksanakan Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Batik Tanah Liat (Fasa 1) Program ini merupakan sebahagian daripada Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Bandar Tun Razak.

Tuan Suhaimi Zakaria (kanan)
Pengarah Kraftangan Malaysia
Cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan Persekutuan memberi penerangan tujuan projek membangunkan komuniti kraf baharu, di mana peserta akan dilibatkan dalam perusahaan kraf yang dapat menjana pendapatan utama atau sampingan. PPKK menyasarkan golongan belia, beliawanis, asnaf, orang kelainan upaya (OKU), suri rumah, ibu tunggal, dan golongan B40 di kawasan bandar dan desa.

Makmal ini melibatkan tiga aktiviti utama: pembangunan produk kraf, kursus keusahawanan, dan simulasi perniagaan komuniti. Peserta dilatih dalam kemahiran teknikal untuk menghasilkan produk kraf, dan turut diberi pendedahan mengenai pengurusan perniagaan serta pemasaran produk. Selain itu, peserta juga dilatih dalam aspek kewangan dan teknologi maklumat untuk memperkukuhkan kemahiran keusahawanan mereka.

Sebanyak 30 peserta terlibat dalam makmal ini, terdiri daripada suri rumah, beliawanis, dan golongan B40. Aktiviti makmal terbahagi kepada dua fasa: penghasilan kain batik tanah liat yang berlangsung pada 21 hingga 23 Januari 2025, diikuti dengan penghasilan produk cenderamata seperti kipas tangan dan bunga gubahan yang menggunakan kain batik pada fasa kedua (4 hingga 6 Februari 2025). Teknik penghasilan batik tanah liat menggunakan teknik skrin dengan motif Bunga Raya, Bunga Kertas, dan Bunga Matahari.

Menurut Suhaimi Zakaria selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang bertujuan untuk mencapai pembangunan sosial dan ekonomi yang inklusif dan mampan menjelang 2030. Kraftangan Malaysia bertekad untuk menyokong pencapaian SDG ini dengan menyediakan peluang kepada komuniti untuk mengembangkan kemahiran dan menjana pendapatan melalui program latihan dan sokongan keusahawanan.

Mengetengahkan hasil kreatif para peserta yang telah berjaya mencipta pelbagai produk kraf batik tanah liat unik hasil tunjuk ajar fasilitator pakar.

Puan Akhmar Sari Nazri Koordinator Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) menunjukkan hasil produk kraf batik tanah liat

Penglibatan peserta pelbagai generasi di mana peserta tua dan muda berganding bahu berkongsi ilmu dan kreativiti.

Melalui latihan intensif, mereka mampu menghasilkan produk pengeluaran yang berkualiti tinggi dan seragam

Program ini bukan sahaja memperkasakan komuniti dengan kemahiran baharu tetapi juga membuka peluang ekonomi melalui penghasilan produk kraf tempatan yang berkualiti tinggi.

Â