KONVENSYEN AMANAH | Kerajaan diminta perkenal subsidi untuk pengusaha tadika

FOTO BERITA: Pidato Ketua Wanita YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu sempena Konvensyen Nasional 2024 Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Parti Amanah Negara (AMANAH) di Dewan Esplanade Hotel KSL Esplanade, Klang, Selangor. 24hb Januari 2025, Jumaat (Jumaat)

Yang Berhormat Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merangkap Ketua Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional menyeru kepada perwakilan Konvensyen AWAN Nasional 2024 untuk memperkukuh perpaduan dalam Kerajaan MADANI.

Konvensyen AWAN Nasional Tahun 2024 telah mengangkat agenda perpaduan dengan tema Santunan KASIH Unity in Diversity yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Wira Mohd Hatta Ramli, Naib Presiden Parti AMANAH Negara di hadapan 700 orang perwakilan dan pemerhati AWAN daripada seluruh negara serta tetamu jemputan.

Turut hadir sama dalam Konvensyen AWAN Nasional kali ini YBhg. Dr Siti Mariah Mahmud Naib Presiden YBhg. Saudara Faiz Fadzil Setiausaha YBhg. Datuk Dr. Hasan Baharom Pengarah Hal Ehwal
Syariah, YB Senator Datuk Rosni Binti Sohar Setiausaha Wanita UMNO, YB Lim Yi Wei wakil Parti Tindakan Demokratik (DAP), Dr Kartini Profesional Pendidikan Agama Islam di Kementerian Agama Republik Indonesia dan Ibu Lis Istiqomah Sekretaris Bidang Perempuan dan Ketahanan Keluarga Parti Keadilan Sejahtera (PKS).

4 Dalam Pidato Ketua AWAN Nasional, 5 teras utama telah diketengahkan iaitu Tatakrama (tingkah laku sopan yang beradab) Bangsa, Wanita Pemberani, Santunan KASIH Perempuan Madani, Melestari Kasih Komuniti & Alam Sekitar dan Tiwikrama (cita-cita) Perjuangan berserta 24 topik-topik penting

Selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI, AWAN Nasional memberi penekanan khusus kepada agenda Pasak Perjuangan Bernegara dengan menegaskan agar semua program rasmi parti yang digerakkan oleh Wanita Amanah
dimulakan dengan bacaan lafaz Ikrar Rukun Negara

Dalam mengungguli kepimpinan politik Wanita di Malaysia, AWAN
Nasional memberi fokus yang serius dalam melahirkan wanita-wanita pemberani yang harus ke hadapan dalam melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan wawasan maka, AWAN Nasional akan menggerakkan secara agresif program Akademi Kepimpinan Wanita AMANAH (AKWA) ke seluruh Negara sebagai platform untuk wanita mendapatkan pendidikan politik dan kefahaman terkait pentadbiran Kerajaan dalam menjayakan Dasar minima
30 peratus wanita sebagai pembuat dasar

AWAN Nasional juga menegaskan agar semua perwakilan dan ahli AWAN seluruh negara benar-benar menghayati dan menjunjung falsafah politik muakhah serta menghormati pendemokrasian politik demi kepentingan Negara dan kestabilan pentadbiran Kerajaan Madani

Di samping memperkukuh organisasi AWAN, Konvensyen pada hari ini turut memperingat jentera AWAN seluruh negara untuk bersiap siaga berdepan dengan Pilihan Raya Negeri Sabah dan membuat persiapan awal mendepani Pilihan Raya Umum yang ke-16 bagi menjamin kemenangan yang bermaruah Parti AMANAH Negara.

Konvensyen AWAN Nasional kali ini juga telah menerima 13 usul daripada AWAN Negeri-Negeri dan AWAN Kawasan. Daripada keseluruhan 13 dan 3 daripada diterima untuk dibahas, 2 usul diterima tanpa bahas, 7 usul diterima dengan sebagai cadangan manakala 1 usul ditolak.

3 usul yang diterima untuk dibahaskan iaitu agar kerajaan memperkenalkan subsidi khusus untuk pengusaha tadika dan taska berikutan kenaikan gaji minimum sebanyak RM1,700.00. Menggesa kerajaan Malaysia meminda Perkara 54(1) Perlembagaan
Persekutuan untuk tidak diadakan Pilihanraya Kecil (PRK) disebabkan oleh kekosongan luar jangka kematian dan mewujudkan rang undang-undang untuk mengawal pesalah laku seks daripada terlibat dengan pekerjaan dan aktiviti yang melibatkan golongan
rentan

Â