Peruntukkan dana khas untuk Kementerian Perpaduan perangi ekstremisme agama, asabiyah
Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu mencadangkan agar Kementerian Perpaduan Negara diberikan peruntukan khas yang sewajarnya dalam usaha mendidik masyarakat berkenaan gejala ekstremisme agama dan asabiyah yang menular di negara.
“AMANAH mengalu-alukan langkah kerajaan dalam membendung gejala ekstremisma agama dan asabiyyah melalui penguatkuasaan undang-undang dalam perkara 3R (ras, agama dan raja). AMANAH mencadangkan agar Kementerian Perpaduan Negara diberikan peruntukan khas sewajarnya untuk menggerakkan usaha mendidik masyarakat dalam perkara ini.
“AMANAH juga menyeru seluruh insitusi masyarakat samada pendidik, agamawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain memperhebatkan usaha untuk menyebarkan mesej kesederhanaan dan menolak ekstremisma dan asabiyyah.
“AMANAH mengharapkan lebih banyak perbincangan umum, seminar dan diskusi dapat dianjurkan dalam membincangkan bahaya ekstremisma agama dan asabiyyah untuk memahamkan masyarakat dalam perkara ini.
Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan tamanya dalam Konvensyen Tahunan AMANAH ke-9 di Klang pagi ini.
Sepu-pu
“AMANAH melahirkan kebimbangan terhadap fenomena ekstremisma dan perkauman yang semakin menebal dalam masyarakat Malaysia.
“Kempen-kempen perkauman disambut dengan emosi dan setiap kesilapan yang dilakukan oleh mana-mana kaum walaupun terpencil dijadikan bahan untuk mencemuh antara kaum dengan kaum yang lain.
“Ekstremisma agama dan asabiyah kini menjadi musuh utama dalam pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu, harmoni dan sejahtera.
“Adalah malang bila ada kumpulan dan puak yang tidak bertanggungjawab membawa kempen dan mengapi-apikan semangat ekstremisma agama dan asabiyah sehingga sanggup mempertikaikan aqidah sesama Islam (amalan takfiri) demi meraih sokongan politik semata-mata.”
Ekstremisme ini turut menular dalam isu melibatkan warga China di Malaysia dan ia ditunggang oleh parti-parti politik tertentu.
Mohamad turut menyentuh fitnah Ahli Parlimen Kepala Batas terhadap pemimpin DAP – Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Teresa Kok sebagai contoh sikap umat Islam yang tidak boleh diikuti.
“Sepu-pu.”
Beliau berkata adalah tidak wajar mempertahankan umat Islam yang menghina masyarakat bukan Islam.
Siti Mastura kalah dalam saman fitnah dan telah membayar RM830,000 kerana mendakwa Lim mempunyai hubungan kekeluargaan dengan setiausaha Parti Komunis Malaya, mendiang Chin Peng.
Â