Bekas Exco Kedah Taulan Rasul meninggal dunia

Bekas Exco Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan anaknya di Facebook awal pagi ini yang memaklumkan pemergian ayahandanya jam 3 pagi tadi.

“Ingin dimaklumkan bahawa ayahanda saya Hj Mohamed Taulan Mat Rasul telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3 pagi tadi.

“Semoga Rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dalam kalangan para solihin,” tulis Surya Putra.

Mohamed Taulan merupakan Exco Kedah pada 2008 hingga 2013 dan bekas Adun Tokai selama tiga penggal.

BACA JUGA Berdemo semasa lawatan Prabowo, PM bersuara terhadap himpunan pesawah hari ini

Â