Perbezaan pandangan kunci kekuatan – Presiden AMANAH

FOTO BERITA: Ucapan Penggulungan Persiden & Jawatankuasa Pimpinan Nasional sempena Konvensyen Nasional 2024 Parti Amanah Negara (AMANAH) di KSL Esplanade, Klang, Selangor. 25hb Januari 2025, Jumaat (Sabtu)

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Bang Mat, menzahirkan rasa syukur atas kejayaan penganjuran Konvensyen Nasional 2024 yang berlangsung dengan lancar. Dalam ucapan penggulungannya, beliau merakamkan penghargaan kepada semua perwakilan, pemerhati, dan wartawan yang hadir sepanjang acara tersebut.

Presiden menegaskan bahawa kekuatan AMANAH terletak pada kepelbagaian dan semangat kolektif yang ditonjolkan oleh ahli-ahlinya. “Sebagai sebuah keluarga besar, kita perlu meraikan perbezaan dan kepelbagaian cara dalam melaksanakan tanggungjawab. Inilah yang menjadi asas kepada perjuangan kita,” katanya.

Dalam ucapan tersebut, beliau turut menekankan bahawa perbezaan pandangan dalam parti adalah perkara biasa dan harus dilihat sebagai peluang, bukan ancaman. “Perbezaan pendapat bukanlah punca kepada kelemahan, tetapi ia boleh menjadi kekuatan jika kita meraikannya dengan matang dan bijak. Namun, kita harus pastikan bahawa perbezaan ini tidak menggugat keutuhan parti,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan para perwakilan untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang dengan usaha gigih demi memastikan sokongan rakyat kepada AMANAH terus mantap. “Jangan hanya berpuas hati dengan keputusan hari ini. Rancang dan usahakanlah untuk masa depan yang lebih cemerlang,” tegasnya.

Dalam konteks Kerajaan Perpaduan, Presiden menyatakan keyakinannya bahawa kerjasama ini mampu bertahan sehingga penggal seterusnya. Namun, kejayaan itu memerlukan komitmen dan kerja keras daripada semua pihak. “Kita mesti terus bekerja sebagai satu pasukan, mengutamakan semangat perpaduan dan kepentingan rakyat,” tambahnya.

Mengakhiri ucapan, beliau menyeru semua ahli parti untuk terus berjuang dengan dedikasi dan semangat tinggi demi masa depan AMANAH dan rakyat Malaysia. “Insya-Allah, usaha kita akan diberkati dan perjuangan kita akan menghasilkan kebaikan untuk semua