Malaysia-Jepun kerjasama bangunkan semula Gaza, Palestin: PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa kerajaan telah mendapatkan kepastian untuk melaksanakan program pembangunan semula Gaza dan Palestin atas usaha bersama dengan Jepun.

“Kita telah dapat kepastian supaya dapat disegerakan pelaksanaan program pembangunan semula Gaza dan Palestin atas usaha bersama kerajaan Jepun dan Malaysia, yang berhasrat untuk menubuhkan dan melancarkan dana melalui kegiatan Asia Timur, maknanya program Asia Timur untuk Membangunkan Gaza (Persidangan Kerjasama Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).

“Bagi pihak Malaysia, dengan usaha ini, dan usaha yang saya percaya bersama dengan rakyat dan kolaborasi dengan sektor swasta, Insya Allah kita akan mulakan dengan pembinaan sebuah sekolah, sebuah rumah sakit dan sebuah masjid sebagai suatu usaha kita, pengorbanan masyarakat dan rakyat,” kata beliau.

Usaha ini dibuat dalam keadaan di mana gencatan senjata sedang terlaksana.

Ketika ini pertukaran banduan Palestin dengan tebusan Israel sudahpun terlaksana.

Ia merupakan fasa pertama ke arah keamanan di rantau tersebut di antara Palestin dan Israel.

Â