Satu kematian, 12 tertimbus dalam kejadian tanah runtuh
Kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri Sarawak yang menimbus dua buah rumah awal pagi ini menyebabkan kematian seorang mangsa.
Sejumlah 12 mangsa tertimbus. Setakat ini sembilan telah diselamatkan.
Tujuh mangsa berada di rumah pertama dan bakinya di rumah kedua.
Mangsa yang meninggal dunia ialah seorang remaja lelaki yang ditemui pada pukul 6.17 pagi.
Kampung Lereng Bukit sering berdepan dengan bencana tanah runtuh.
Kali terakhir ia menyebabkan kematian ialah apabila dua pekerja asing tertimbus pada 16 Jan 2009.
Sejak itu, tanah runtuh berlaku pada tahun 2011, 2014, 2017 dan 2018.
Tanah runtuh kerap berlaku kerana penerokaan hutan dan pembangunan.
Â