Bukan guru ‘sekolahkan’ cikgu pencen yang cuba main isu perkauman
Cubaan seorang bekas cikgu untuk menanamkan sentimen perkauman di kalangan rakyat negara ini disekolahkan oleh seorang jurutera walaupun dia bukan seorang guru.
Zuhair Hasan, seorang Chartered Engineer CEng di Engineering Council, United Kingdom (ECUK) dalam postingnya mematahkan satu persatu usaha Mohd Fadli Salleh untuk bermain sentimen perkauman di media sosial.
Antaranya, usaha pempengaruh berkenaan untuk menjadikan isu perkauman dan kebencian apabila bendera China dinaikkan dalam sambutan Tahun Baru Cina di KLCC baru-baru ini.
“Difahamkan dalam pertunjukan tersebut, ada formasi yang mempamerkan kedua-dua bendera jalur gemilang Malaysia dan bendera negara China serta beberapa formasi lain juga.
“Menurut laporan berita, majlis tersebut adalah hasil kerjasama antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China dan 1000 dron tersebut didatangkan dari China.
“Namun, pempengaruh ini cuba membuat naratif lain yang jauh dari fakta sebenar. Aku telah balas komen pempengaruh ini yang jelas “𝒎𝒊𝒔𝒍𝒆𝒂𝒅”, tapi komen aku dipadam,” tulis Zuhair menjawab satu persatu isu yang dibangkitkan Mohd Fadli Salleh, kerana “Maklumat dihujung jari.”
Berkenaan Isu KK Mart menjual chicken “ham”, Zuhair memaklumkan, pembekal roti ham (yang bukannya babi pun) telah didakwa di mahkamah kerana salahguna logo halal pada 24 Jan 2025.
Berkaitan isu Chiok Wai Loong berkaitan stoking kalimah Allah – Chiok Wai Loong telah didakwa di mahkamah pada 18 April 2024, kata Zuhair.
Ricky Shane yang memuat naik hina kalimah Allah pula, dia telah dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda pada 21 Mac 2024.
Berkaitan isu komen Cecilia Yap di status FB Harith Iskandar pula, polis telah merakam percakapan Cecilia pada 27 Jan 2025.
“Sudah pasti polis perlu melengkapkan kertas siasatan dan diserah kepada pejabat Peguam Negara untuk proses seterusnya.
“Trust the process (kenalahn ikut proses), bukan buat naratif yang bukan-bukan macam pemimpin lebai Pas kaki fitnah,” pesan Zuhair kepada Cikgu Fadli.
Tapi macam biasa lah, kata Zuhair, ramai walaun berkumpul kat situ yang bagi sokongan padu kat cikgu pencen tu.
“Tak pasti kenapa dia padam komen aku, walhal tak ada pula aku mencaci maki, fitnah atau mencarut. Sekadar memberikan pencerahan, fakta dan rujukan untuk pengunjung FB dia yang nampak dalam kegelapan,” kata Zuhair.
Zuhair seterusnya memetik firman Allah SWT yang bermaksud:
“𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐇𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫-𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐢𝐥. 𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢-𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚𝐧𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐨𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐚𝐝𝐢𝐥. 𝐁𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐚𝐝𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 (𝐚𝐝𝐢𝐥 𝐢𝐭𝐮) 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐤𝐰𝐚. 𝐃𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐤𝐰𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧.”
(𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐌𝐚’𝐢𝐝𝐚𝐡, 𝟓:𝟖)
BACA JUGA Berulang kali memfitnah bukan sebab terkhilaf tapi ketagih – Pemerhati politik