Sekeluarga terperangkap 2 jam dalam kereta akibat banjir
Sebuah keluarga terpaksa bertahan selama dua jam di dalam kenderaannya akibat terperangkap di dalam banjir di Jalan Kampung Paris 2, Kinabatangan semalam.
Menurut laporan, empat sekeluarga itu hanya dapat diselamatkan kira-kira jam 2.47 pagi tadi oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata anggotanya hanya dapat memasuki lokasi kejadian selepas dua jam menerima panggilan kecemasan berikutan beberapa jalan dilanda banjir.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.
“Kereta Toyota Hilux yang dipandu mangsa terperangkap sebelum dihanyutkan arus deras.
“Semua mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang insiden tidak diingini.
“Pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.15 pagi tadi,” katanya.
BACA JUGA Tiba-tiba semua nak berlakon jadi terpaling Cina…
Â