Fokus ke arah kemajuan dan kepentingan negara – PM Anwar
Rakyat Malaysia perlu fokus ke arah kemajuan dan kepentingan negara dan bukannya menumpukan perhatian terhadap perkara yang memecah belahkan perpaduan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Negara ini mempunyai potensi yang baik, tak payah umpamanya menimbulkan pergaduhan, (tetapi) angkat martabat semua (kaum),” kata Anwar ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di Ipoh, Perak pada Jumaat.
Anwar turut menyelar tindakan segelintir pihak yang membangkitkan isu pelbagai kaum di negara ini meraikan perayaan kaum lain.
“… ada dibangkitkan ini orang Melayu pergi (meraikan) raya Cina, Cina pergi Melayu pergi, pergi Thaipusam semua perkara yang puluh-puluh tahun tak jadi masalah sekarang dikaitkan jadi masalah.
“Tapi kita nak layan itu atau nak fokus perpaduan kita? Kita nak pilih untuk terus ada perbezaan pendapat atau terus kukuhkan perpaduan, dan untuk apa perpaduan, untuk bangkitkan ekonomi kita,” kata beliau.
BACA JUGA: Berita baik untuk penjawat awam