Laporan Polis Terhadap Law Yiak Kwang kerana Isu Membina Semula Gaza – KEADILAN Batu

FOTO BERITA: Laporan Polis & Sidang Media oleh Rozan Azen Mat Rasip Naib Ketua Cabang KEADILAN Batu terhadap Law Yiak Kwang kerana membina semula Gaza di IPD Sentul Kuala Lumpur. 31hb Januari 2025 (Jumaat)

Satu laporan polis dibuat terhadap individu bernama Law Yiak Kwang, yang dipercayai ahli MCA Johor Pasir Gudang, susulan beberapa muat naik status di Facebook yang bersifat menghina Islam, mempersendakan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, serta cuba mencetus ketegangan antara kaum dan agama.

Berdasarkan siasatan awal, Law Yiak Kwang didapati menggunakan dua akaun Facebook untuk menyebarkan hantaran yang mengandungi elemen provokasi, penghinaan, serta pelabelan negatif terhadap kepimpinan kerajaan. Antara isu utama yang dibangkitkan dalam hantaran beliau termasuklah kritikan terhadap keputusan kerajaan Malaysia membantu membina semula Gaza, Palestin, selain serangan terbuka terhadap beberapa pemimpin parti komponen kerajaan, khususnya DAP.

Lebih 20 hantaran yang mengandungi kata-kata kesat, imej, dan video telah dikesan dalam akaun Facebook milik Law Yiak Kwang, dengan ada antaranya dimuat naik sejak November 2024. Bukti-bukti ini akan dilampirkan dalam laporan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

Tindakan ini diambil bagi memastikan tidak ada mana-mana individu yang sewenang-wenangnya menyebarkan kebencian, fitnah, dan provokasi perkauman serta agama di media sosial, yang boleh menggugat keharmonian negara.

Â