Apa pemimpin politik wajib tahu tentang golongan atas pagar kini?

Oleh LIYANA MARZUKI

Semalam, saya berbalas-balas pantun dalam laman seorang Ketua Pemuda. Permintaan saya mudah.

Ada pemimpin MCA mengata dia Melayu gila/tidak siuman. Harap diulas lanjut. Dia membalas, dia akan post. Cuma minta saya juga hentam DAP, sebab katanya saya ni “neutral” sekali.

Bab ini masih ramai pemimpin politik kurang mahir. Delusionalnya mereka kerana anggap pengundi ini tergolong hanya Team A dan Team B. If you’re not with me, you’re with my enemy.

Little that he knows, saya merupakan pengundi tegar Barisan Nasional (BN) sejak 20 tahun lalu. Tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti. Dan kekal non-partisan hingga kini.

Satu lagi fakta beliau perlu hadam, saya antara jutaan rakyat Malaysia yang menjatuhkan partinya pada tahun 2018 kerana partinya cuba menutup kes kleptokrasi paling teruk dalam sejarah dunia selain mendajal kesemua yang melawan mereka.

True enough, fast forward enam tahun, si Klepto itu telah dijatuhkan hukuman, dia mengaku wujud skandal 1MDB dan dia kesal dengan apa yang terjadi.

Hal ini menunjukkan keputusan undi jutaan rakyat Malaysia ketika PRU14 tepat sekali. Beliau perlu sedar, Kerajaan BN jatuh kerana golongan atas pagar (GAP).

Mengikut analisis, kini ada 65% hingga 70% pengundi atas pagar di Malaysia. Made sense pada saya.

Ahli UMNO dikatakan tiga juta, Pas sejuta. DAP 300,000. Yang lain parti-parti kecil pun berapa sangat. Paling kuat golongan partisan atau berparti ini hanya 20% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Tambah yang muda-muda, politik pun mereka tidak gemar. Janganlah delulu (delusional) kami ini penyembah parti dan pemimpin. Undi kami fluid. Boleh berubah bila-bila masa.

Contoh saya beri, ketika sebelum PRU15, saya promosikan konsep SAFT dan Kerajaan Perpaduan dengan Ketua Pemuda ini juga saya turut promosi.

Kerana pada saya, kita perlu undi calon dan bukan parti. True enough, terjadilah Hung Parliament memaksa semua parti duduk sekali.

Yang di-Pertuan Agong titahkan Kerajaan Perpaduan seperti di Indonesia apabila kerajaan dan pembangkang bergabung membina negara.

Namun, itu ditolak mentah-mentah oleh mereka yang kalah. Sombong dan bongkak seperti pemenang pula.

Si kalah ini selepas itu berterusan nak tebuk atap. Apabila berlambaknya Kluster Mahkamah dari parti mereka dan ekonomi bertambah baik pula, mereka kacau ganggu kestabilan politik negara. Mala fide sebab tidak boleh tengok orang lain berkuasa.

Sudah tentu golongan atas pagar menyampah menengoknya. Apabila negara baru nak pulih, dah beberapa kali runtuh kerajaan, lagi korang nak buat perangai. Tak boleh sabar ke tunggu kerajaan ini habiskan penggal?

Setiap kali saya mengkritik kerajaan, penyokong belah sana akan jaja tulisan saya untuk buat propa runtuhkan Kerajaan. Ada yang sampai mengolah tulisan. Sebijik perangai setan.

Makanya, don’t ask me now sebagai GAP, untuk menyokong agenda mereka. Simply because, ia tidak bagus untuk negara. Kami benci tebuk atap lagi dan lagi.

Apa untungnya kepada pengundi? Pada masa yang sama, adakah kami taksub dengan kerajaan kini? Sudah tentu tidak.

Kita demand mana janji reformasi. Kita menentang idea DAP nak minoriti kawal majoriti. Kita bantai Menteri buat kerja tidak sepenuh hati.

Jadinya, kepada Ketua Pemuda dan seluruh orang politik dan penyokong mereka, pesan kami mudah.

We can vote you, we can swing votes against you. Jangan delulu hidup dalam bubble. Orang biasa tidak berparti macam saya undinya berharga dan terdapat berjuta orang seperti saya di Malaysia. Majoriti senyap yang memerhatikan anda sentiasa.

Harus sentiasa sedar, setia kami bukan kepada pemimpin atau parti. Setia kami kepada negara.

*LIYANA MARZUKI merupakan pengamal undang-undang yang beriltizam untuk mendidik masyarakat mengenai politik, demokrasi dan melawan propaganda.

BACA JUGA Pecah tembelang, rupanya sekutu Bersatu tak suka kerajaan bantu Gaza