Tujuh tebusan Israel, 290 warga Palestin bebas hasil gencatan senjata

Tujuh tebusan Israel kesemuanya wanita iaitu tiga orang awam dan empat tentera telah dibebaskan setakat ini hasil perjanjian gencatan senjata yang bermula 19 Januari lalu.

Sebagai balasan, rejim Zionis telah membebaskan 290 warga Palestin termasuk banduan yang menjalani hukuman penjara seumur hidup dan remaja.

Pihak Palestin di Gaza sebelum ini membebaskan tiga tahanan Israel iaitu Agam Berger, Arbel Yehud dan Gadi Mozes.

Seterusnya, pertukaran kedua melibatkan pembebasan empat tentera wanita Israel dari Gaza.

Sementara itu, Israel membebaskan seorang warga Jordan dan 199 rakyat Palestin dari penjaranya.

Hari pertama perjanjian gencatan senjata, tiga wanita awam Israel dibebaskan sebagai pertukaran untuk 90 tahanan Palestin.

Suasana pertukaran tebusan antara Hamas dan Israel, di Jabalia, di utara Semenanjung Gaza pada 30 Januari lalu.

Mereka termasuk wanita dan kanak-kanak, kesemuanya dari Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis.

Fasa pertama perjanjian yang dibahagikan kepada tiga peringkat selama 42 hari setiap satu ini memperuntukkan pembebasan beransur-ansur 33 rakyat Israel sama ada yang masih hidup atau mayat si mati.

Pembebasan itu sebagai pertukaran bagi 1,700 hingga 2,000 tahanan Palestin dan Arab.

Serangan ganas dan genosid dilakukan Zionis di Gaza selama 15 bulan telah meragut nyawa lebih daripada 47,460 rakyat Palestin, menurut Kementerian kKesihatan Hamas di wilayah terkepung itu.

Lebih 11,000 penduduk di Gaza hilang manakala kekurangan makanan yang teruk telah membawa kepada apa yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai krisis kebuluran.

BACA JUGA Pecah tembelang, rupanya sekutu Bersatu tak suka kerajaan bantu Gaza

Â