GPMS Kebangsaan Terus Komited Bangunkan Generasi Berilmu & Berdaya Saing – Datuk Azman

FOTO BERITA: Majlis Tahlil & Doa Selamat sempena Ulang Tahun Ke-11 Alumni GPMS Kebangsaan disempurnakan oleh : YBhg. Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri dengan kerjasama YWP di Masjid Negara, Jalan Perdana Tasik Perdana Kuala Lumpur. 1hb Februari 2025, (Sabtu)

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). Kehadiran para alumni GPMS dan tetamu jemputan menjadikan majlis ini lebih bermakna dalam mengenang jasa serta perjuangan GPMS dalam dunia pendidikan dan kebajikan pelajar Melayu.

Sempena ulang tahun ke-11 penubuhannya, Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan, Datuk Azman Abidin Seru Alumni GPMS Terus Perkasa Pendidikan & Modal Insan

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin tahlil dan doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan ahli GPMS serta kejayaan organisasi ini dalam terus memperjuangkan agenda pendidikan dan pembangunan modal insan. Selain itu, program ini turut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli alumni yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam ucapannya, Datuk Azman Abidin menegaskan kepentingan kesinambungan perjuangan GPMS dalam memperkasakan pendidikan dan pembangunan generasi muda. Beliau juga mengalu-alukan kerjasama strategik antara alumni GPMS dengan badan kerajaan dan swasta dalam memastikan objektif organisasi ini terus direalisasikan.

Majlis ini turut mendapat sokongan padu daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), yang selama ini komited dalam usaha kebajikan dan pembangunan masyarakat di Wilayah Persekutuan.

Dengan penganjuran majlis ini, Alumni GPMS Kebangsaan berharap dapat terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara, sejajar dengan aspirasi nasional dalam melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing.

Â