Tuduh AMANAH bahayakan agama tanda Pas sudah terdesak
Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) menolak sekeras-kerasnya dakwaan jahat yang mengaitkan kononnya parti itu membawa fitnah terhadap agama dan dianggap lebih berbahaya.
Ketuanya Datuk Aiman Athirah berkata, tuduhan sedemikian bukan sahaja tidak berasas, malah bercanggah dengan prinsip perjuangan AWAN dalam membina sebuah negara yang lebih adil, harmoni, dan progresif.
Kata beliau, dakwaan bahawa AMANAH membahayakan agama hanyalah tindakan terdesak pihak lawan untuk memesongkan pandangan rakyat daripada keperluan sebenar politik yang berakhlak dan berintegriti.
“Tuduhan bahawa AMANAH menjadi alat kepada mana-mana pihak adalah tidak benar kerana setiap dasar, program dan keputusan yang dibuat adalah mengambil kira perlembagaan persekutuan, rukun negara dan kepentingan rakyat dan negara.
“Sebaliknya, mereka yang menuduh AMANAH sebagai ancaman kepada agama perlu bertanya kepada diri sendiri – adakah mereka benar-benar memahami asas bernegara, menyanjungi perpaduan dan mengutamakan rakyat dan negara, atau masih asyik bermain dengan sentimen perkauman dan keagamaan agar terus relevan, sekaligus mengekalkan kuasa?,” soalnya dalam kenyataan.
Terdahulu, dalam program Himpunan Ummah Selamatkan Malaysia di Kedah kelmarin, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Normendakwa AMANAH dilahirkan dari DAP.
Susulan itu, Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil, berkata Biro Mobilisasi akan menggerakkan laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Sanusi susulan ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu.
Laporan polis juga dibuat terhadap satu artikel ditulis Nurhafizul Badrul Hisham bertajuk “Fitnah PAN terhadap agama lebih bahaya” yang disiarkan Harakahdaily.
BACA JUGA Walaun dah pening, rupanya MB Kedah keturunan Cina dari Shanghai
Â