Bas Madani mula beroperasi di Terengganu hasil usaha Anthony Loke

Orang ramai teruja selepas buat pertama kalinya bas Madani di bawah program Bas.My beroperasi secara rasmi di Terengganu.

Kemudahan pengangkutan awam ini adalah hasil inisiatif kementerian pengangkutan di bawah Menterinya Anthony Loke.

Ia ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Difahamkan, lebih tujuh buah bas dengan nombor plat MADANI sudah mula beroperasi sejak 1 Februari lalu di negeri itu.

Operasi bas bermula jam 6 pagi hingga 7.30 petang dengan kekerapan perjalanan adalah setiap 1 jam.

Menariknya, kerajaan menyediakan Pas Konsesi kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas 60 tahun ke atas, dan juga pelajar sekolah yang membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan ini secara percuma.

Sebelum ini bas Madani telah pun dilancarkan di Seremban dan Melaka, dan ia akan terus digerakkan ke setiap negeri di Semenanjung secara berfasa.

BACA JUGA Ini taktik Pas tanam kebencian dan bodohkan penyokong

Â