Pemuda AMANAH Kuala Kedah Buat Laporan Polis Terhadap Fitnah Parti

Pemuda Amanah Negara Kawasan Kuala Kedah hari ini membuat laporan polis di IPD Kota Setar terhadap dakwaan fitnah yang dilemparkan kepada Parti Amanah Negara.

Laporan itu dibuat berikutan kenyataan Menteri Besar Kedah, YAB DS Sanusi Md Nor, dalam satu ceramah yang mendakwa Amanah ditubuhkan oleh DAP. Pemuda Amanah menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat jahat untuk menghasut rakyat.

Selain itu, laporan turut dibuat terhadap penulis Nurhafizul Badrul Hisham yang dalam penulisannya di Harakahdaily mengaitkan Amanah dengan fitnah terhadap agama. Pemuda Amanah menyatakan bahawa kenyataan sebegini boleh mencetuskan keresahan dalam masyarakat dan bertentangan dengan politik matang.
.

Ketua Pemuda AMANAH Kuala Kedah, Fadli Hussin, menegaskan bahawa parti itu tidak akan berdiam diri terhadap fitnah dan tohmahan yang mencemar imej serta prinsip politik berasaskan kebenaran dan integriti. Beliau juga menyeru agar semua pihak menghentikan budaya politik tidak sihat dan kembali kepada perdebatan berasaskan fakta serta hujah
Â