NST sahkan apa yang Dr Dzulkefly cakap masa menunggu di klinik adalah benar
Tinjauan NST di Klinik Kesihatan Sungai Chuah dan Cheras Baru semalam mendapati pesakit telah menyelesaikan urusan pendaftaran dan dipanggil untuk dirawat dalam tempoh 15 hingga 30 minit.
Menerusi pemeriksaan secara rawak itu, beberapa pesakit yang ditemui NST mengakui hal sedemikian dengan sesetengahnya dirawat dalam masa seawal 15 minit.
Pengurangan waktu menunggu tersebut adalah susulan pelaksanaan CCMS (cloud-based clinical management system) di 50 klinik yang berjaya didigitalkan pada tahun 2024.
Ia dikira daripada ‘check-in’ di kaunter sehingga dapat berjumpa petugas kesihatan.
Klinik-klinik yang belum melaksanakan CCMS belum dapat menikmati peningkatan kecekapan (efficiency) ini.
Untuk tahun 2025, 100 klinik tambahan akan melaksanakan CCMS dengan peruntukan sebanyak RM19 juta.
Lebih banyak klinik akan dapat menikmati impak digitalisasi dalam RMK13.

Sementara itu, laman Facebook Public Health Malaysia memaklumkan sebanyak 159 Klinik Kesihatan telah dinaik taraf dengan sistem digital yang diperkenalkan KKM yang menjadikan masa menunggu sekitar tiga 3 jam kini hanya 30 minit.
“Ini bukan sekadar perubahan kecil, tetapi satu revolusi dalam perkhidmatan kesihatan untuk memastikan pesakit mendapat rawatan lebih cepat dan efisien.

“Menurut YB Menteri Kesihatan, dari 107 klinik (2007-2022) kini meningkat ke 159 klinik pada 2024, dengan tambahan lebih banyak lagi menjelang awal 2025 iaitu peningkatan sebanyak 48.6%!
“2025, tahun pelaksanaan! Masa untuk kita merasai sendiri perubahan ini. Semoga sistem ini terus berkembang untuk manfaat semua!” menurut laman itu lagi.
BACA JUGA ‘Nyawa subsidi’ pun buat hal lagi, tapi polis belum terima laporan