FOTO BERITA | AMANAH Wilayah Persekutuan buat laporan polis isu dakwaan fitnah

FOTO BEROTA: Laporan Polis dan Sidang Media oleh Biro Mobilasi dan Komunikasi Amanah Wilayah Persekutuan mengenai ucapan Menteri Besar Kedah mendakwa AMANAH dilahirkan oleh DAP di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. 4hb Feb 2025 (Selasa) Foto:SK

Parti Amanah Negara (AMANAH) Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Noor, berhubung ucapan beliau mendakwa AMANAH “dilahirkan oleh DAP,” satu kenyataan yang disifatkan sebagai berunsur fitnah dan menghasut kebencian antara kaum serta agama di Malaysia.

Menurut Mohammad Yusoff Hj Yahya, wakil Biro Mobilasi AMANAH Wilayah Persekutuan, ucapan Menteri Besar Kedah itu bukan sahaja tidak berasas tetapi juga bertujuan memburukkan imej parti serta mencetuskan sentimen perkauman yang boleh menggugat keharmonian negara.

Kenyataan ini adalah satu fitnah yang serius dan berbahaya. Ia boleh menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat serta mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama. Oleh itu, kami menuntut tindakan tegas diambil terhadap Menteri Besar Kedah,” katanya

Sementara itu, Mejar (B) Razali Zakaria dari Biro Komunikasi AMANAH Wilayah Persekutuan turut menyeru pihak berkuasa untuk segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kenyataan tersebut bagi memastikan politik fitnah dan hasutan tidak terus berleluasa.
