Malaysia menentang pemindahan rakyat Palestin secara paksa

Wisma Putra hari ini menegaskan pendirian Malaysia menentang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa yang telah diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

“Sebarang usaha untuk mengenakan penyelesaian secara sebelah pihak dan paksa untuk menafikan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri serta mencabuli kebebasan mereka adalah tidak boleh diterima, tidak dapat dipertahankan dan hanya akan akan memperburuk salah satu konflik paling berpanjangan di rantau ini.

“Satu-satunya penyelesaian yang adil dan berkekalan untuk mencapai keamanan dan kestabilan di Timur Tengah adalah melalui penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

“Pendekatan ini kekal sebagai pendirian prinsip Malaysia sejajar dengan sokongan jangka panjang masyarakat antarabangsa terhadap penyelesaian dua negara.”

Dalam perkembangan berkaitan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan cadangan Trump itu sebagai satu cadangan di luar fikiran waras dan tidak masuk akal.

“Apa yang dikatakan itu di luar fikiran waras, dan bertentangan dgn piagam, perjanjian, hak asasi manusia.

“Kita juga akan mengeluarkan kenyataan bersama ASEAN secara consensus,” kata Mohamad ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) dalam sesi soalan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat.

BACA JUGA: Trump: US will take over Gaza Strip

Â