Penjawat awam didakwa dalang terima rasuah RM1 juta dapatkan kawasan balak

Tiga penjawat awam antara lima individu yang disyaki memberi dan menerima rasuah RM1 juta untuk mendapatkan kawasan balak.

Kesemua suspek didakwa menerima rasuah bagi mendapatkan kawasan pembalakan di dua buah negeri sekitar Pantai Timur dan selatan tanah air.

Mereka direman tujuh hari bermula semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamad Ridhwan Syarizal di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor pada Rabu.

Media melaporkan, kesemua suspek iaitu empat lelaki dan seorang wanita, yang berusia antara 30 hingga 50-an itu telah ditahan secara berasingan di beberapa lokasi di Pantai Timur dan di selatan tanah air antara jam 12 tengah hari hingga 5 petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati perbuatan tersebut dilakukan sejak 2016 dan kesemua suspek disyaki menerima rasuah kira-kira RM1 juta bagi kerja-kerja pembalakan,” katanya.

Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyita dua buah kenderaan mewah dan wang tunai puluhan ribu ringgit.

BACA JUGA ‘Pengkhianat agama’, kata ustaz kontroversi ini selepas terpaksa tutup pusat tahfiz

Â