Tengku Zafrul permudahkan walaun faham apa yang kita dapat dari pelaburan

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan dalam bentuk paling mudah kepada orang ramai untuk memahami manfaat yang diterima rakyat daripada pelaburan-pelaburan luar.

Tengku Zafrul dalam satu perkongsian video di TikTok berkata, dia menerima banyak soalan tentang apa sebenarnya manfaat yang diterima rakyat dari pelaburan tersebut.

Jawapan diberi beliau adalah peluang pekerjaan. Pun begitu ada yang bertanya bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Kami kongsikan penjelasan penuh Tengku Zafrul seperti di bawah.

Tempoh hari saya jawab apa yang rakyat dapat apabila pelaburan masuk. Saya jawab pekerjaan. Lepastu ada pula yang tanya. Yang tak dapat kerja tu apa pula yang kita dapat.

Wow hebat soalan Encik Abdul Aziz ini. Nak bagi mudah faham saya cerita macam ini lah.

Ali dapat kerja sebagai jurutera di kilang yang dibuka oleh pelabur. Ali asal dari Baling, Kedah, kilang di Pulau Pinang. Jadi Ali kena pindah, dia bawa satu keluarga, isteri dan anak-anak.

Dekat Pulau Pinang Ali sewa rumah Mamat. Jadi Mamat dapat pendapatan. Nak beli barang rumah, dia pergi kedai runcit Ah Chong. Ah Chong pun dapat pendapatan.

Ali suka makan dekat restoran Mak Munah. Mak Munah pula dapat pendapatan. Nak gunting rambut, Ali pergi kedai Muthu. Muthu pun dapat pendapatan.

Jadi semua orang tempat Ali berbelanja akan dapat pendapatan. Ali juga selalu kirim wang ke kampung untuk tampung perbelanjaan orang tua.

Setiap kali ibu bapa dia berbelanja dekat kampung, orang kampung dapat manfaat daripada gaji Ali. Ali bayar cukai pendapatan.

Semua perniagaan tempat dia berbelanja itu pun bayar cukai juga.

Duit cukai ini pergi mana tuan-tuan? Pergi kepada kerajaan. Kerajaan buat apa dengan duit cukai ini? Sediakan kemudahan untuk rakyat. Jalan raya, hospital, balai polis, balai bomba, semua ini dari duit cukai.

Saya nak tanya balik kepada Encik Aziz yang tanya soalan ini. Encik Aziz pernah guna jalan raya tak. Pernah pergi klinik kerajaan atau hospital tak?

Anak-anak Encik Aziz pergi sekolah tak? Kalau ya, maknanya walaupun Encik Aziz tak dapat kerja di kilang yang dibuka oleh pelabur, Encik Aziz tetap terima manfaat daripada pelaburan yang masuk ke negara kita.

BACA JUGA ‘Level’ walak walaun di Terengganu tegar dan menebal berbanding di Kelantan

Â