Titah Agong tentang fitnah bukan tajuk ‘favourite’ pembangkang
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad berkata, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim tentang budaya fitnah yang semakin membimbangkan bukanlah tajuk “favourite” pembangkang.
Beliau berkata, ini kerana politik Pas diketahui memang suka menimbulkan persepsi negatif dan menabur fitnah.
“Titah Diraja menyentuh soal budaya fitnah, adu domba serta menegaskan soal perpaduan yang mana semua ini bukan tajuk favourite pembangkang.
“…kerana bagi mereka itulah (mainan) politik mereka iaitu nak menimbulkan satu persepsi negatif dengan menabur fitnah dan kenyataan-kenyataan tak begitu tepat,” katanya dalam bual bicara di Facebook Jom Channel, bertajuk ‘Lepas fitnah fisabilillah diikuti bodoh fisabilillah?’.
Khalid berkata, beliau berharap Pas boleh mengambil berat apa dititahkan oleh Agong dengan tidak hanya mempolitikkan sesuatu isu dan tidak menabur fitnah serta mengadu domba.
“Saya harap Pas ambil berat apa yang dinyatakan dan ditegur oleh Agong. Jangan nak gunakan isu-isu untuk dipolitikkan sahaja.
“Bila Agong dah nasihat jaga akhlak dalam berpolitik, jangan menabur fitnah, adu domba, jaga perpaduan negara dan sebagainya, kita harap Pas ambil berat,” ujarnya.
Pas sering dilabel dengan parti fitnah kerana parti itu mempunyai banyak rekod pemimpinnya kalah saman fitnah.
Terbaru adalah kes membabitkan Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad yang disaman sehingga mencecah hampir RM1 juta kerana memfitnah.
BACA JUGA Begitulah lidah pemimpin Pas, doakan laknat rakan seagama pun tergamak