Angpow PERKESO untuk pekerja

Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO) menawarkan ‘ang pow’ kepada golongan pekerja mulai tahun ini dengan khidmat perubatan percuma di klinik panel, umum Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Semua 1,400 klinik panel di seluruh negara akan menawarkan khidmat percuma tersebut kepada golongan pekerja yang layak.

Sebelum ini golongan pekerja perlu membayar RM150 hingga RM200 untuk rawatan sebelum mendapatkan bayaran balik daripada PERKESO.

“Dalam tahun 2024, jumlah tuntutan kerana lawatan ke klinik panel berjumlah RM8 juta, melibatkan 20,000 kes.

“Saya ingin mengumumkan bahawa mulai tahun ini semua pekerja dengan Socso boleh pergi ke klinik dan dapatkan rawatan tanpa membayar sesen pun,” umum Sim dalam majlis Tahun Baru Cina yang dianjurkan bersama oleh kementeriannya dan PERKESO petang tadi.

“PERKESO akan membayar klinik. Langkah ini akan memudahkan pekerja berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan perubatan.”

Bantuan ini juga akan membantu majikan yang membayar belanja rawatan pekerja.

Rawatan percuma ini hanya untuk pekerja yang terkesan kerana penyakit berkaitan kerja, kemalangan termasuk kecedaraan ketika ke dan dari tempat kerja.

BACA JUGA: Bersatu terkena demam pilihan raya

Â