Kan dah kena marah, mana ada pro-DAP dalam Pas
Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjauhkan partinya dari kenyataan yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang Hafis Alias dimana Hafis mendakwa kewujudan penyokong pro-DAP dalam Pas yang menyerang pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria.
“Pas Pusat menegaskan pandangan tersebut merupakan pandangan peribadi dan tidak dirujuk kepada kepimpinan tertinggi dan tidak mewakili Pas.
“Pas amat menghargai semua sumbangan ahli yang telah bersama Pas sejak ditubuhkan dan sebarang agenda untuk memecahbelahkan Pas perlu dihentikan,” kata Takiyuddin dalam satu kenyataan media.
Hafis antara lain mendakwa bahawa kumpulan pro DAP tersebut sebelum ini menyokong kumpulan professional beberapa tahun lalu sebelum keluar membentuk AMANAH.
Hafis turut mendakwa bahawa Iszuree Ibrahim dipecat daripada jawatan ahli majlis Perbandaran Pulau Pinang selepas mengkritik berkenaan projek pembangunan Pulau Pinang pada tahun 2014.
BACA JUGA: Kumpulan pro-DAP dalam Pas serang Pesuruhjaya Perak, dakwa Pemuda Pas Pulau Pinang