Richiamo Coffee Perkenal Dua Produk Baharu Sempena PIFF 2025

FOTO BERITA: Majlis Pelancaran Kerjasama antara Richiamo Coffee & Rico Rinaldi Dexandra Di Piff disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di KL Convention Centre (KLCC) Kuala Lumpur. 7hb Febuari 2025 (Jumaat)

Richiamo Coffee Sdn. Bhd. mengumumkan pelancaran dua produk baharu hasil kolaborasi dengan pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi, dan pengeluar pewangi kenderaan, De’Xandra, sempena Pameran Antarabangsa Francais (PIFF) yang berlangsung dari 7 hingga 9 Februari ini.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo, Dato’ Muhamad Zamry Abu Samah, kerjasama dengan jenama terkenal ini akan membawa dimensi baharu kepada Richiamo Coffee.

“Kolaborasi dengan Rico Rinaldi dan De’Xandra dijangka memberi pembaharuan dan impak kepada para peminat kedua-dua jenama tersebut,” katanya.


Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Rico Rinaldi akan memperkenalkan beg tangan eksklusif Richiamo Coffee yang diinspirasikan daripada tema produk 3 dalam 1 keluaran syarikat itu. Beg tangan ini boleh didapati melalui TikTok Shop The Rico Rinaldi dan laman web rasmi Rico Rinaldi.

Sementara itu, De’Xandra akan melancarkan pewangi edisi khas Richiamo Coffee yang hanya boleh didapati di semua cawangan Richiamo Coffee dan Richiamo Mart di seluruh negara.

Muhamad Zamry turut menyatakan bahawa kolaborasi ini dijangka meningkatkan pola pelanggan untuk memiliki dua produk eksklusif tersebut. Ketika ini, Richiamo Coffee mempunyai hampir 230 cawangan di seluruh negara.

Beliau juga optimis bahawa usaha ini akan menjadi batu loncatan untuk Richiamo Coffee, Rico Rinaldi, dan De’Xandra menembusi pasaran luar negara.

“Saya berharap kolaborasi ini akan membawa Richiamo Coffee, Rico Rinaldi, dan De’Xandra ke tahap yang lebih tinggi,” tambahnya

“Saya berharap kolaborasi ini akan membawa Richiamo Coffee, Rico Rinaldi, dan De’Xandra ke tahap yang lebih tinggi,” tambahnya


