Mengalahkan sewa bazar Ramadan di KL, ini alasan Perbadanan Stadium Kelantan

Peningkatan berganda kos sewa tapak bazar Ramadan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV mengalahkan sewa dikenakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjadi bualan banyak pihak.

Perbadanan Stadium Kelantan memaklumkan bahawa kos sewa tapak bazar Ramadan di lokasi itu diuruskan dan ditentukan oleh pihak swasta.

Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Kelantan, Zamakhshari Muhamad, berkata, walaupun harga sewa tapak meningkat berbanding sebelum ini tetapi saiz tapak untuk Ramadan kali ini jauh lebih besar selain pelbagai perkhidmatan disediakan.

Menurutnya, sebelum ini bazar Ramadan berkenaan diuruskan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Namun, jelasnya, FAMA pada 22 Januari lalu memberi notis pembatalan menguruskan Bazar Ramadan Tani di lokasi berkenaan tahun ini.

“Susulan itu, pihak Perbadanan Stadium menerima notis daripada sebuah syarikat swasta iaitu Tun Event Management yang mahu menguruskan tapak berkenaan dan kita bersetuju untuk perkara berkenaan,” katanya, dipetik BH.

Zamakhshari berkata, berdasarkan makluman daripada penganjur, sebelum ini terdapat 255 tapak yang disediakan di bawah FAMA dengan keluasan hanya 18 kaki persegi.

Namun di bawah syarikat baharu, jelasnya, tapak disediakan hanya 160 dengan keluasan yang lebih luas iaitu 100 kaki persegi.

BACA JUGA Sewa bazar Ramadan di KL pun RM500 je, hebat lagi Kelantan RM1,300

Â