Program Kids Modelling Clinic DUN Batu Tiga Pengiktrafan Bakat Cilik Dunia Peragaan Pertama Di Selangor

FOTO BERITA: Majlis Perasmian Graduasi Inspirasi dan Apresiasi Kids Modelling Clinic DUN Batu Tiga oleh Puan Zarifah Mohd Amin Pengurus Unit Program & Advokasi Wanita Berdaya Selangor (WBS). Turut hadir menyerikan Majlis YAM Raja Shuibah Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah Penaung Diraja Ikon Model di Dewan Beringin Seksyen 24, S.Alam Selangor. 8hb Februari 2025 (Sabtu)

Majlis Perasmian Graduasi Inspirasi dan Apresiasi Kids Modelling Clinic DUN Batu Tiga berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Beringin, Seksyen 24, Shah Alam, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengurus Unit Program & Advokasi Wanita Berdaya Selangor (WBS), Puan Zarifah Mohd Amin. Turut hadir menyerikan majlis ialah YAM Raja Shuibah Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah selaku Penaung Diraja Ikon Model.

Program ini bertujuan mengiktiraf pencapaian kanak-kanak yang telah menyertai Kids Modelling Clinic, sekaligus memberi pendedahan awal kepada mereka dalam bidang peragaan dan keyakinan diri.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan dan sesi apresiasi bagi menghargai usaha serta komitmen peserta sepanjang klinik peragaan ini berlangsung.

Penganjur berharap sebegini dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai bakat muda dalam dunia peragaan, selain memperkasa keyakinan diri dan keterampilan mereka sejak usia muda

Menurut Pengarah Program Kids Modelling Clinic DUN Batu Tiga Nurul Faezah, seramai 22 kanak-kanak bawah umur 12 tahun menyertai selama 3 bulan secara percuma

Â