Ini sebabnya PMX terima SUV EV Togg daripada Erdogan
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima sebuah kenderaan elektrik (EV) Togg sebagai hadiah daripada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
Erdogan menghadiahkan Togg T10X berwarna putih itu kepada Perdana Menteri sebagai tanda persahabatan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik sepenuhnya itu ke Kompleks Seri Perdana bersama Erdogan.
Ia bagi menyaksikan pertukaran perjanjian, sidang media bersama, serta jamuan makan tengah hari.
Erdogan yang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia diberikan sambutan negara di Kompleks Perdana Putra.
Beliau dan Anwar mengadakan pertemuan empat mata selama hampir satu jam, serta mesyuarat dua hala.
Semalam, ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, Anwar berkata, beliau akan memulangkan kenderaan itu kepada negara apabila tidak lagi menduduki jawatan Perdana Menteri memandangkan Erdogan menghadiahkan kereta EV itu kepada Perdana Menteri.
Untuk rekod, Togg (Türkiye’nin Otomobili GiriÅŸim Grubu) secara rasmi menjadi pengeluar EV nasional utama pertama Turkiye pada 29 Oktober 2022 dengan melancarkan model EV pertama mereka, Togg T10X.
Tarikh tersebut dipilih bersempena ulang tahun ke-99 Republik Turkiye.
Syarikat itu bagaimanapun ditubuhkan pada 2018 dan mendapat sokongan penuh daripada kerajaan Turkiye sebagai projek strategik untuk membangunkan industri automotif tempatan yang lebih maju dan kurang bergantung kepada jenama asing.
Kilang pengeluaran utamanya di Gemlik, Bursa, mula beroperasi pada 2022, dan penghantaran pertama kepada pelanggan bermula pada April 2023.
BACA JUGA Kening berdarah terhantuk di bucu bangku, ini nasib budak perempuan dipukul ibu
Â