Walau lebih 57,000 ekar tanah di Los Angeles hangus, Trump bertegas penduduk Gaza tiada hak untuk kembali

Keangkuhan Donald Trump semakin terserlah apabila bertegas bahawa rakyat Palestin tidak akan dibenarkan kembali ke Semenanjung Gaza walaupun lebih daripada 57,000 ekar tanah di Los Angeles hangus diratah api.

Menggunakan alasan mahu membangunkan semula Gaza, pendirian Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berlaku selepas kebakaran hutan di Los Angeles selama 24 hari itu memusnahkan lebih daripada 18,000 struktur.

Menerusi temu bual oleh Fox News semalam, Trump berkata, perjanjian dengan Jordan dan Mesir boleh dibuat untuk menempatkan penduduk Palestin.

Bahkan, jelasnya, AS akan menyalurkan ‘berbilion dolar setahun’ kepada kedua-dua negara tersebut.

Ditanya sama ada rakyat Palestin berhak untuk kembali ke Gaza, Trump menegaskan bahawa, “Tidak, mereka tidak akan (kembali) kerana akan mempunyai penempatan yang lebih baik”.

“Saya bercakap mengenai pembinaan kediaman tetap untuk mereka,” katanya.

Dia menambah pembinaan semula Gaza yang dimusnahkan rejim Zionis itu akan mengambil masa bertahun-tahun sehingga ia boleh didiami semula.

Kenyataan Trump itu sekaligus bercanggah dengan kenyataan pegawai AS sebelum ini yang mencadangkan penduduk Gaza hanya dipindahkan buat sementara waktu.

Malah, pendirian Trump yang pernah disabitkan bersalah membayar sebanyak AS$130,000 (RM580,840) kepada bintang industri lucah, Stormy Daniels bagi menutup dakwaan hubungan mereka itu, mengulangi rancangan kontroversinya untuk mengambil alih wilayah Palestin.

Minggu lalu, Trump, 79, membuat satu pengumuman yang mengundang bantahan kebanyakan negara selepas bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Washington.

Trump mencadangkan penempatan semula 2.2 juta penduduk Palestin di Gaza dengan AS akan mengambil alih dan membangunkannya semula menjadi ‘Riviera Asia Barat’.

@aljazeeraenglish

President Donald Trump said the #US is committed to “buying and owning” Gaza, as he reiterated his controversial plan to take over the Palestinian territory during comments to reporters. #news #Trump #trump

♬ original sound – Al Jazeera English – Al Jazeera English

BACA JUGA Kopiah tercampak selepas wanita ‘naik tangan’: ‘Bukan suka hati mahu sondol, selesailah cara elok’