Perlunya reformasi tangani ‘rent seeking’
Oleh LIYANA MARZUKI
Dalam ekonomi, ada barah semula jadi. Barah itu dipanggil rent seeking.
Rent seek ni bukan cari rumah sewa. Ia perangai durjana penguasa atau mana orang yang suka menumpang tanpa buat apa-apa.
Contohnya:
Bila orang apply tender atau masuk projek, siapa yang luluskan minta percentage atau nak tumpang sekaki masuk bisnes melalui proksi. Ini namanya rent seeking.
Ada ramai terkena kalau nak mintak projek kerajaan. Ada “tol” menanti.
Pernah kena pada orang terdekat saya. Nak masuk proposal buat training je. Ada geng keparat nak 40% buta-buta. Bukan dari untung ya, dari total. Alih-alih dia malas nak buat.
Contoh lagi satu, bila ada tender besar berbilion, ada prospek monopoli atau oligopoli pulak ramai yang terliur.
Bukan orang luar sahaja, “orang dalam” pun ada sama. “Takkan la depa je nak kaya, aku pun nak kaya juga”. Itulah sesetengah mentaliti yang ada.
SPRM pernah sahkan baru-baru ini “Rasuah dalam kalangan penjawat awat sangat tinggi dan membimbangkan”.
Malaysia juga merupakan negara ketiga di dunia terteruk kapitalis kroni. Kita lihat kes penjawat awam dan orang politik pun sama naik. Maknanya teori ini valid.
Dalam kes Puspakom minggu ini, geng pro-kerajaan yang waras perlu desak Menteri/ Kementerian jawab. Hanya dengan ketelusan boleh menjawab segala kemusyilan. Jangan dimarahkan mereka yang mendedahkan.
Rakyat berhak tahu oligopoli ini siapa. Kena ingat nanti nak bayar depa pun duit kita.
Pada saya, kalau ada perkara-perkara pelik seperti yang dapat tender besar company baru 8 bulan, pengarahnya pula tiada kredibiliti macam set Alibaba Kroni, rakyat berhak bertanya. Pak Menteri perlu jawab sahaja.
Kena ingat ya dalam Akta Syarikat 2016, shadow director juga suatu kesalahan. Maka elok kita kuatkuasakan dalam tender Kerajaan.
Selain itu, cadangan saya mengenai isu ini ada dua:
1) Segerakan Akta Dana Politik supaya orang politik sukar nak cari makan bukan-bukan. Tak abuse dana awam masuk poket mereka. Termasuklah menyapu semua projek yang ada. Kita faham politik itu perlukan dana, makanya buatlah undang-undang mengenainya.
2) Kerajaan dah boleh buat AKTA ANTI RENT SEEKING/ ANTI ALIBABA. Halang budaya tol dan atas angin. Ini bukan ke atas orang politik sahaja ya. Termasuk sang penguasa pun boleh kena sama.
Kerajaan ini Kerajaan Reformasi. Makanya, ramai rakyat punya harapan tinggi. Kalau benda yang sama yang terjadi, berulang-ulang tanpa dibaiki, jangan marahkan rakyat pula apabila ramai bertanya.
Kerja anda tunjukkan ketelusan dan jawab sahajalah.
BACA JUGA Kopiah tercampak selepas wanita ‘naik tangan’: ‘Bukan suka hati mahu sondol, selesailah cara elok’