PM tegur ‘politik picisan’ perbesar hal remeh
Perdana Menteri menyinggung mengenai politik picisan yang membincangkan hal-hal remeh yang tidak sepatutnya diperbesarkan dan menjadi masalah.
Beliau berkata, politik picisan sepatutnya dibiarkan sebagai picisan dan tidak biarkan ianya mengganggu fokus utama kerajaan.
“Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar.
“Tetapi inilah yang berlaku. Sebab itu saya katakan, biar hal picisan itu dianggap picisan dan kita kekalkan landasan itu (sebenar),” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Kewangan hari ini.
BACA JUGA Terjawab kenapa Bersatu terpaksa buat gimik PRU mengejut…