Ke mana penduduk Gaza akan dipindahkan?
Presiden AS Donald Trump telah mencadangkan agar penduduk Gaza dipindahkan secara paksa dari Semenanjung Gaza.
Persoalan yang tidak dijelaskan beliau ialah kemanakah akan mereka dipindahkan?
Seorang ahli ekonomi dan penganalisa politik dengan pengkhususan di dalam bidang Timur Tengah mencadangkan penduduk Gaza dipindahkan ke sebuah pulau di rantau yang sama.
“Ada sebuah pulau kecil di selatan Yemen yang dikenali sebagai Socotra. Ia mempunyai saiz sesuai dan hamper tiddak berpenghuni.
“Ia sebuah syurga cantik yang boleh ditukarkan kepada Palestin.
“Langkah ini juga sebagai pembalasan kepada Yemen. Satu harga kecil yang perlu dibayar kerana kelakuan ganas mereka,” cadang penganalisa tersebut di akaun Xnya, @moymiz.
Pembalasan kepada Yemen merujuk kepada serangan Houthi ke atas kapal laut yang menuju ke dan dari pelabuhan di Israel.
Ciapan tersebut telah ditujukan kepada Trump.
Kebanyakan negara termasuk Malaysia telahpun membantah cadangan Trump.