Kecoh konon menteri bukan Islam jumpa pastor, terlondeh pula apa Pas dah buat
Tular penegasan wakil NGO yang mahu membuat laporan polis kerana dakwanya ada menteri bukan Islam berjumpa dengan pastor dari luar negara.
Tidak jelas apa kesalahan yang dilakukan daripada pertemuan dengan paderi itu, namun tindakan pihak terbabit mahu mengetengahkan kepada pihak polis mengundang kritikan warganet.
Pendirian yang disuarakan dalam sidang media bersama sekumpulan individu lain diketuai Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Masridzi Sat itu dilihat turut berbaur hasutan.
“… sebenarnya negara kita dalam keadaan terancam, negara kita walaupun nampak aman damai tetapi sebenarnya di dalamnya ada ancaman-ancaman yang sedang disusun, sedang dilakukan.
“Begitu juga seperti yang didedahkan oleh Ustaz Masridzi tadi, satu demi satu cabaran kepada institusi Islam, umat Islam dan dasar-dasar Islam sedang digerakkan,” katanya dalam sedutan rakaman video yang tersebar di media sosial.
Rata-rata mempersoal kewajaran tindakan membuat laporan polis itu memandangkan pertemuan dengan pemimpin agama Kristian terbabit bukannya melibatkan menteri bergama Islam.
Dalam masa sama, orang ramai berkongsikan foto-foto memaparkan dua pemimpin Pas berada dalam majlis pada musim sambutan penganut Kristian serta program melibatkan masyarakat bukan Islam.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini berceramah di sebelah hiasan pokok krismas ketika berada di luar negara manakala Timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pernah dikalungkan bunga oleh komuniti India.
“Orang jumpa pastor pun dia nak pi susahkan balai polis, yang ni kalung bunga macam sampai kepala lutut tu macam mana pulak?” selar pengguna X, @nusabangsa.
“Apa yang terancamnya? Pastor tu ada kuasa gubal dasar ke? Kenapa dia ni tak kena ‘kutip’ lagi?…” bidas @zakkalif.
“Harap pihak PDRM menangkap mereka yang buat laporan palsu begini. Memang tahap banganglah puak-puak pembangang ni,” tempelak @ganesh_mn.
“… mengancam ketenteraman saya sebagai rakyat Malaysia kerana emosi saya terganggu melihat orang bodoh buat sidang khabar atas isu-isu yang tak membawa faedah langsung,” ujar @ye_un.
“Apa salahnya jumpa paderi? Dia orang ni dah tak ada modal jadi kutip hal-hal sebegini untuk kepentingan politik,” kata @RaviChander0670 pula.
BACA JUGA Heboh penyanyi ditangkap khalwat dengan suami orang, JAIS sahkan bukan selebriti ini
Â