FOTO BERITA | Krisis bekalan beras berakhir, sekarang ambil langkah tegas pantau harga pasaran – Syed Abu Hussin

FOTO BERITA: Sidang Media Berkenaan Krisis Bekalan Beras Selesai Bersama YB Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal Ahli Parlimen Bukit Gantang di Baitul Husna, Kg. Kuala Sungai Baru, Puchong, Selangor. Selangor. 14hb Febuari 2025 (Jumaat)

Isu krisis bekalan beras yang membelenggu rakyat sejak beberapa bulan lalu akhirnya menemui penyelesaian, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal merangkap Ketua NACCOL dalam satu sidang media yang diadakan di Baitul Husna, Kampung Kuala Sungai Baru, Puchong hari ini.

Beliau mengesahkan bahawa bekalan beras tempatan kini kembali stabil selepas beberapa langkah intervensi dilaksanakan oleh kerajaan

“Kami telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan bekalan beras mencukupi, termasuk meningkatkan pengeluaran dalam negara serta mempercepatkan proses pengimportan bagi menampung permintaan rakyat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan sedang bekerjasama rapat dengan pihak pengeluar, pemborong, dan peruncit bagi memastikan harga beras kekal berpatutan serta tidak berlaku sebarang manipulasi harga di pasaran.

“Kami akan terus memantau situasi ini dan memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan atas isu bekalan ini. Jika ada yang cuba menaikkan harga secara tidak wajar, tindakan tegas akan diambil,” tambahnya lagi.

Dengan pengumuman ini, rakyat diharap dapat menarik nafas lega dan tidak perlu bimbang mengenai keperluan bekalan beras di pasaran. Pihak berkuasa juga menggesa orang ramai untuk terus melaporkan sebarang ketidakseimbangan harga atau kekurangan bekalan kepada pihak berkaitan.

Katanya juga, menyokong Kerajaan Persekutuan membuat saranan dalam memastikan Bernas untuk mengkaji semula harga beras putih import yan mg terlalu tinggi

Â